HOSPITAL MESRA BUKIT PADANG

PROFAIL HOSPITAL

 

Home > Profail Hospital > Logo Jabatan

 

 

Logo Jabatan

 

  • Logo ini merupakan logo baru selepas penjenamaan semula kepada nama ‘Hospital Mesra Bukit Padang’ yang dilancarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk K.Y Mustapha  pada 26 April 2003 sempena ‘2nd BIMP EAGA Regional Mental Health Conference’.

 

 

Wajah Orang Mendongak Ke Atas menggambarkan insan yang ceria, sentiasa memandang jauh ke depan, berfikiran positif dan siapsiaga menghadapi pelbagai cabaran demi kejayaan seterusnya di masa hadapan.

 

 

Lambang Gunung Kinabalu menggambarkan keteguhan dan keunikan  Hospital Mesra Bukit Padang sebagai pusat kecemerlangan perkhidmatan psikiatri di Negeri Sabah.

 

Bulan Sabit berwarna Merah menggambarkan perkhidmatan penjagaan psikiatri yang sentiasa prihatin  terhadap kehendak pelanggan.

 

Warna Biru pada ungkapan Mesra menggambarkan ciri-ciri keceriaan ketenangan dan layanan mesra yang menjadi amalan warga Hospital Mesra Bukit Padang sejak dulu.

 

 

 

 

Warna Hijau pada perkataan Bukit Padang menggambarkan wawasan baru hospital untuk mencapai kecemerlangan di dalam semua aspek.

 

 

Pautan Agensi-Agensi dan Perkhidmatan Online  Kerajaan Malaysia

Kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Hospital Mesra Bukit Padang adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Hospital Mesra Bukit Padang.

 

Hakcipta Terpelihara © 2015 Hospital Mesra Bukit Padang